Misteri Kapal Berhantu : THE FLYING DUTCHMAN

Kira-kira 30 tahun lalu, sekumpulan nelayan laut dalam sedang belayar untuk menangkap ikan di Laut China Selatan. Dalam suasana kabur malam dek suasana berkabus dan awan yang gelap mereka hanya berbekalkan cahaya daripada minyak tanah saja.


Setelah pukat dijatuhkan tiba-tiba kedengaran deruan angin bertiup. Selepas itu diselangi bunyi kibaran layar yang sangat kuat. Dalam kekelaman kabus malam, mereka mencari-cari dari mana datangnya bunyi itu.

Mereka menoleh ke kiri, kanan, depan dan belakang. Hairan ! Dari araha mana datangnya bunyi itu ? Mereka buntu . Sekeliling mereka hanya kelihatan kabus tebal saja.

Anehnya, makin lama bunyi itu makin dekat menghampiri mereka. Deruan angin malam makin lama semakin kuat, sehingga bulu roma mereka tegak berdiri !

Degupan jantung mereka semakin lama semakin kencang. Tiba-tiba dalam kekelaman kabus malam muncul sebuah kapal lama yang sangat besar.


Nelayan itu terpaku dengan kehadiran kapal usang dan berlumut. Layarnya yang besar koyak rabak. Badan kapal itu sungguh besar dan sangat menakutkan.

Air laut pada masa itu bergelora dengan kuat. Kapal itu meluncur laju membelah permukaan Laut China Selatan seolah-olah ingin menerpa bot nelayan itu.

Apabila kapal itu semakin mendekat dengan mereka tiba-tiba kapal gergasi itu terus lenyap sekelip mata. Keadaan yang bising dengan kibaran layar yang koyak rabak tadi terus bertukar sunyi sepi.

Anak-anak nelayan tadi melepaskan keluhan petanda lega. Dengan pantas pukat diangkat dan mereka terus beredar dari ditu. Pernah sebelum ini mereka mendengar dari rakan-rakan mereka tentang kehadiran kapal berhantu yang selalu melanggar bot-bot nelayan.

Kata mereka kapal berhantu itu adalah THE FLYING DUTCHMAN yang dimiliki oleh seorang kapten yang bernama Kapten Falkenburg.

Kononnya kapten kapal itu telah disumpah kerana menggadaikan rohnya kepada syaitan. Kononnya, Kapten Falkenburg yang telah disumpah bersama-sama anak kapalnya menjadi jasad hidup dan berlayar di tujuh lautan buat selamanya.

Laut itu ialah Laut Caribbean, Laut Jepun, Teluk Mexico, Laut Mediterranean, Laut Bering (di Laut Pasifik), Laut China Selatan dan Laut Hitam.

Sehingga kini, kapal The Flying Dutchman akan mengundang bahaya kepada nakhoda-nakhoda kapal dan mereka perlu mengelak daripada dilanggar. Jika tidak mereka sengaja menempah maut.

Bagi mengelak daripada sebarang gangguan di laut kebanyakan mereka akan meletak ladam kuda di kapal mereka. Mengikut catatan seseorang nakhoda kapal, The Flying Dtuchman sering kelihatan di perairan Cape of Good Hope, Afrika.


Malahan untuk mengukuhkan lagi hujah bahawa kapal inu bukanlah legenda atau cerita rekaan, banyak saksi yang mengaku telah melihat kapal berhantu ini.

Pada Ogos 1942, kemunculan The Flying Dutchman dilihat oleh anak-anak kapal tentera laut, M.H.S Jubilee berhampiran dengan Cape Town, Afrika Selatan.

Pada tahun 1939 kapal ini dilihat di Muizenberg, Afrika Selatan. Pada tahun 1941 sekolompok orang di pantai Glencairn, Afrika Selatan menyaksikan kapal berlayar yang tiba-tiba lenyap seketika seolah-olah ingin melanggar batu karang.

Kisah misteri mengenai kapal berhantu The Flying Dutchman ini merupakan satu dari kisah yang sangat terkenal di seluruh dunia.

Sudah banyak buku ditulis mengangkat cerita legenda ini, bahkan jika menonton filem Pirates of the Caribbean : Dead Man's Chest (2006) dan Pirates of the Caribbean : At World's End (2007), kapal berhantu ini turut muncul beberapa kali dalam babak filem tersebut.

Sebenarnya kapal berhantu ini bukanlah kisah dongeng kerana dari segi fakta kewujudan kapal ini adalah benar dan disahkan kelasi kapal yang pernah merentasi tujuh lautan berkenaan.




No comments: