Hotel saya menginap berhantu ?

Ada sorang blogger post satu link pasal hotel/rumah/tempat yang berhantu. So then saya search la sejarah pasal tempat-tempat tu. Memang ada sejarah. Ada yang macam rekaan, ada yang betul, ada yang dengar dari mulut ke mulut. Kalau nak tau betul ke tak makhluk-makhlus halus ada ke tak kat tempat-tempat, better pergi sendiri and rasai sendiri. Bukan hanya dengar dari mulut orang.Kalau dah rasa, barulah korang boleh buat conclusion.

Saya search list hotel yang dikatakan berhantu. Banyak jugak laa... Ada jugak hotel yang pernah saya pergi pun ter-list. Contoh Marina Cove Lumut, Impiana Resort Cherating, Shah's Beach Resort Melaka, Ilham Beach Resort PD, Bukit Merah Laketown Resort.

Tapi takdela kena kacau, cuma time pergi Impiana Resort tu je yang kena kacau...


Impiana Resort

Kat Impiana Resort tu, bilik menghadap laut. Sangat cantik ! Bilik dia pun cantik ! Kitorang dapat bilik yang paling atas. Kitorang menginap 2 hari 1 malam je sebab baru balik dari Terengganu singgah satu malam kat situ. Malamnya, saya, ayah ngan nenek je yang terkena, ibu ngan adik tak.

Nenek ngan Ayah kata dorang dengar bunyi macam orang cakar-cakar atas atap, macam nak bukak atap tu. Saya pulak ternampak ada 'orang' tidur sebelah nenek. Time tu nenek tidur kat atas lantai sebab panas. Saya ingatkan adik terjatuh kat sebelah nenek. So saya sambung tidur. Pagi esok saya tanya adik ' Haqim, kau jatuh katil eh malam tadi ? *ketawa* ' Tapi adik jawab, ' Eh manada... Orang tidur atas katil la.. ' Ibu ngan nenek pun kata adik tidur atas katil. Elok2 tengah ketawakan adik tetiba saya terdiam. Saya tanya lagi, ' Habis sapa tidur sebelah nenek ? ' Semua diam. Time tu la semua bukak citer... Masa ni saya takde lagi deria rasa 'benda' macam tu sebab kecil lagi, bila besar baru ada deria rasa tu...


Shah's Beach Resort

Kat Shah's Beach Resort, tempat dia takde la lawa sangat... Bilik pun bau tak sedap, bilik air tak cantik. Macam tak kemas. Saya takde la nampak 'something', tapi deria 'rasa' saya tu dapat agak benda tu ada dalam bilik kitorang. Mula-mula ibu nak menginap 3 hari 2 malam, tapi bila ibu rasa tak sedap hati, tu yang mintak 2 hari 1 malam. Actually, ibu pun ada deria 'rasa' tu. Cuma ayah ngan adik je yang takde...

Tapi alhamdulillah takde pape yang mengganggu kitorang. Sebenarnya takde pape pun, kita je yang rasa benda tu ada. Waktu kat Shah's Beach Resort tu, ibu, ayah ngan adik tinggalkan saya kat bilik sorang-sorang sebab time tu saya tengah tidur. Takde pape pun jadi... Kalau kita rasa takut, lagila benda tu suka kacau...


Ilham Resort

Kat Ilham Resort, hotel ni apartment tiga bilik, tapi apartment atas ada dua tingkat. Cantik ! Hotel ni yang dikatakan berhantu ? Bagi 5 minit saya nak ketawa...

Okay habis.. Saya setiap tahun menginap kat hotel ni, takde kena kacau ke apa ke... Biasa je.. Malam-malam selalu lepak kat luar. Kitorang selalu buat BBQ. Takde pulak masing-masing nak cerita ada hantu ke tak...

Itu je la cerita yang saya nak kongsi. Sebenarnya kat mana-mana pun ada hantu, cuma nak tunjuk ngan tak je.. Ada dua sebab kenapa ada orang boleh rasa atau nampak, mungkin sebab dia memang boleh nampak benda-benda macam tu atau cuma perasaan je...

Okay itu jelaa...
Thanks for reading...